New Zealand mengumumkan 29 Mac sebagai Hari Peringatan Negara bagi memperingati mangsa serangan di dua masjid di Christchurch.

Upacara antara agama itu akan diadakan di Christchurch dua minggu selepas serangan yang mengakibatkan 50 jemaah terkorban selain mencederakan 49 yang lain.

Menurut kenyataan pejabat perdana menteri New Zealand, hari peringatan negara itu memberi peluang kepada rakyat New Zealand khususnya penduduk Christchurch serta masyarakat dunia bersatu menghormati mangsa serangan pengganas.