New Zealand pada Sabtu mengumumkan langkah persempadan baharu yang lebih ketat dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata kerajaan perlu bertindak lebih drastik dan awal bagi melindungi kesihatan rakyat di negara itu.

“Saya mahu jelaskan, langkah yang kita umum hari ini adalah berkait dengan rakyat, dan bukan barangan.

“Langkah ini tidak terpakai kepada kapal kargo dan pesawat kargo, kru laut atau udara. Kami akan berusaha untuk memastikan laluan-laluan laut dan udara dibuka untuk urusan eksport dan import.

"Pendek kata, tiada siapa perlu bergegas ke pasar raya (untuk membeli barangan keperluan),” katanya pada sidang media di Auckland, pada Sabtu.

Antara sebahagian langkah baharu itu termasuk mereka yang memasuki New Zealand dikehendaki mengasingkan diri selama 14 hari dan rakyat negara dilarang berkunjung ke luar negara kecuali urusan penting.

Selain itu, syarikat industri pelayaran tiak dibenarkan berlabuh di pelaburan New Zealand sehingga akhir Jun.