awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ngeri... digigit ular ketika sedang 'tunai hajat'

Agensi
Agensi
17/01/2020
06:08 MYT
Ngeri... digigit ular ketika sedang 'tunai hajat'
Ibunya terus mengetuk kepala ular tersebut di atas lantai sementara anak lelakinya bertindak mengetuk reptilia itu dengan tukul sehingga mati - Foto Facebook
Seorang wanita warga Thailand berdepan detik cemas apabila seekor ular bertindak menyerangnya ketika berada di dalam tandas, Rabu lalu.
Anak perempuan mangsa, Chunya Sittiwichai, yang menceritakan pengalaman mengerikan ibunya itu menerusi akaun Facebooknya berkata, ular yang bersembunyi di dalam tandas itu menggigit peha ibunya secara tiba-tiba ketika sedang 'menunaikan hajat' (buang air besar).
Terkejut dengan situasi itu, ibu Chunya cuba menarik kepala ular tersebut tetapi ia hanya menyebabkan reptilia berkenaan terus mengeras, sekali gus mengakibatkan lebih banyak pendarahan berlaku.
Susulan itu Chunya yang mendengar jeritan ibunya terus meluru ke bilik air bersama pisau dan tukul untuk menyelamatkannya.
"Ibu saya cuba memotong badan ular itu tetapi kulit haiwan tersebut terlalu keras sehingga menyebabkan dia terpotong kulitnya sendiri sedalam tiga sentimeter.
"Malah, ibu saya hampir tidak sedarkan diri ketika ular itu terus membelitnya," tulis Chunya Sittiwichai.
Tambah gadis Thailand itu, ibunya terus mengetuk kepala ular tersebut di atas lantai sementara anak lelakinya bertindak mengetuk reptilia itu dengan tukul sehingga mati.
Keluarga mangsa terus membawa keluar wanita terbabit sebelum mengunci bangkai ular tersebut di dalam tandas tersebut.
Wanita berkenaan bagaimana pun selamat setelah dikejarkan ke hospital dan mendapat beberapa jahitan.
Topic Berkaitan
#buang air
#Chunya Sittiwichai
#Facebook
#mangsa
#tandas
#Thailand
#ular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan