Tutup

Berita  | Dunia

Noda, bunuh dan campak mayat sepupu sendiri ke dalam tangki najis

Noda, bunuh dan campak mayat sepupu sendiri ke dalam tangki najis
Suspek memberikan keterangan mengelirukan namun akhirnya mengaku telah menodai dan membunuh mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.
MADHYA PRADESH: Seorang pemuda tergamak menoda lalu membunuh sepupunya sendiri yang baru berusia lima tahun sebelum mencampak mayat mangsa ke dalam tangki septik.

Tindakan tidak berperikemanusian tersebut dilakukan seorang pemuda berusia 20 tahun bernama Anand Kushwaha dari Kampung Katangi di wilayah Jabalpur, Madhya Pradesh.
Suspek pada awalnya ikut serta mencari mangsa yang dilaporkan hilang bagi menutup perbuatan kejamnya, namun ayah kanak-kanak tersebut kemudian memaklumkan kepada polis bahawa Kushwaha adalah orang terakhir yang dilihat bersama anak kecilnya.
Ketika soal siasat, suspek memberikan keterangan mengelirukan namun akhirnya mengaku telah menodai dan membunuh mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

Menurut jurucakap polis, Kushwaha mencekik sepupunya itu hingga mati apabila mangsa mula menangis sebelum mencampakkan mayat kanak-kanak malang itu ke dalam sebuah tangki septik berhampiran rumahnya. - Mirror.co.uk