awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal Baharu: Restoran di Thailand mula beroperasi seperti biasa

Agensi
Agensi
05/05/2020
14:19 MYT
Normal Baharu: Restoran di Thailand mula beroperasi seperti biasa
Meja makan pula harus dijarakkan dan wajib dibersihkan selepas setiap pelanggan menggunakan meja tersebut. - Gambar REUTERS
Buat pertama kalinya sejak pertengahan Mac lalu, pelanggan di Bangkok, Thailand, dibenarkan makan di restoran selain membungkus dan bawa pulang makanan.
Bagaimanapun, pelanggan dan juga pengusaha restoran perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Kerajaan memutuskan semua restoran mesti menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk, dan suhu badan pelanggan mesti dimbil sebelum dibenarkan masuk.
Pekerja di sebuah restoran memakai pelindung mula ketika melayan pelanggan sebagai mengikuti SOP yang ditetapkan. Foto: REUTERS
Pekerja di sebuah restoran memakai pelindung mula ketika melayan pelanggan sebagai mengikuti SOP yang ditetapkan. Foto: REUTERS
Meja makan pula harus dijarakkan sekurang-kurangnya 1.5 meter dan wajib dibersihkan selepas setiap pelanggan menggunakan meja tersebut.
Bagi kakitangan pula, mereka perlu memastikan ada ruang di antara pengunjung jika terdapat dua pelanggan duduk di meja yang sama.
Thailand mungkin bebas daripada perintah 'lockdown' tetapi negara itu masih dalam keadaan berjaga-jaga.
Meja makan pula harus dijarakkan sekurang-kurangnya 1.5 meter dan wajib dibersihkan selepas setiap pelanggan
Meja makan harus dijarakkan sekurang-kurangnya 1.5 meter dan wajib dibersihkan selepas setiap pelanggan yang duduk. Foto: REUTERS
Selain itu, pihak berkuasa juga telah membuka semula taman bandar, termasuk, Lumpini Park, Bangkok.
Setiap pengunjung yang masuk ke taman tersebut harus memakai penutup hidung dan mulut selain menjalani pemeriksaan suhu.
Pada Selasa, pengunjung di taman berkenaan memulakan aktiviti berjoging dan berjalan di sekitar kawasan berkenaan.
Pengunjung memulakan aktiviti berjoging dan berjalan di sekitar kawasan taman beriadah di Bangkok. Foto: REUTERS
Pengunjung memulakan aktiviti berjoging dan berjalan di sekitar kawasan taman beriadah di Bangkok. Foto: REUTERS
Bagaimanapun, aktiviti beriadah berkumpulan masih dilarang, begitu juga penggunaan peralatan latihan awam.
Perhimpunan besar juga masih dilarang.
BACA: COVID-19: Thailand rekod kes baharu paling rendah, kematian sifar
Sehingga jam 1 petang Selasa, Thailand merekodkan 2,988 kes postif COVID-19 dengan 54 kematian.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#COVID-19
#lockdown
#restoran
#SOP
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan