awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama bidas FBI berhubung siasatan emel Hillary Clinton

Agensi
Agensi
03/11/2016
02:45 MYT
Obama bidas FBI berhubung siasatan emel  Hillary Clinton
Kata Obama, FBI tidak sepatutnya bertindak atas dasar maklumat tidak lengkap. - Foto AFP
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengkritik pengarah Biro Siasatan Persekutuan negara itu, James Comey, susulan pendedahan terbaharu berhubung skandal emel calon presiden Parti Demokrat, Hillary Clinton.
Kata Obama, FBI tidak sepatutnya bertindak atas dasar maklumat tidak lengkap.
FBI ketika ini sedang menyiasat emel baharu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan pelayan emel peribadi Clinton.
Comey, berdepan kecaman kerana membuat pendedahan berkenaan 11 hari sebelum hari penentuan pilihan raya presiden.
Kenyataan Obama ini adalah yang pertama sejak pendedahan Comey.
Sementara itu dalam kempen di North Carolina, Obama memberitahu Parti Republikan berdepan risiko sekiranya calon mereka Donald Trump berjaya ke White House.
Tegas Obama, tidak seperti calon Demokrat, Hillary Clinton yang disifatkan tenang, Trump sebaliknya tiada perwatakan untuk jadi presiden.
Menurut Obama, ramai penyokong Trump melihat beliau sebagai wakil suara mereka.
Namun beliau mempertikai pandangan itu, kerana mendakwa Trump tidak ambil pusing soal kebajikan kumpulan pekerja.
Malah Trump juga kata Obama mengeluarkan banyak komen tidak wajar mengenai wanita, golongan Islam dan status senator John Mc Cain sebagai wira perang.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#Donald Trump
#FBI
#Hillary Clinton
#pilihan raya presiden amerika syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan