awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama ketuai pemimpin dunia kutuk serangan di Paris

AFP
AFP
14/11/2015
02:04 MYT
Obama ketuai pemimpin dunia kutuk serangan di Paris
Obama sifatkan apa yang berlaku di Paris sebagai serangan ke atas nilai kemanusiaan. - Foto AFP
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengetuai pemimpin dunia dalam mengutuk serangan di Paris yang mengorbankan lebih 150 nyawa pada Jumaat, ketika seluruh dunia menyatakan solidariti bersama Perancis dan berjanji akan bersama-sama menjejak mereka yang bertanggungjawab.
"Ia bukan sahaja serangan untuk penduduk Perancis. Tetapi ia juga serangan ke atas nilai-nilai kemanusiaan," kata Obama dalam satu kenyataan di White House.
Di London, Perdana Menteri David Cameron turut menyatakan sokongan untuk turut sama memberi kerjasama.
Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy, dan Menteri Luar, Jose Manuel Garcia Margallo juga melaungkan solidariti untuk memerangi kumpulan jihad.
Tidak ketinggalan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang berkongsi rasa simpati.
"Sebagai sebuah negara yang mengetahui kesan buruk yang dibawa aktiviti keganasan, kami amat memahami kesedihan yang dihadapi Perancis," kata beliau.
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Federica Mogherini, dalam akaun Twitter menyatakan dia berkongsi rasa sedih dengan seluruh warga Paris.
Topic Berkaitan
#insiden serangan
#IS
#letupan
#Paris
#Perancis
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan