awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obesiti jadi risiko besar jika dijangkiti COVID-19 - Pakar

Agensi
Agensi
08/04/2020
21:11 MYT
Obesiti jadi risiko besar jika dijangkiti COVID-19 - Pakar
DELFRAISSY: Masih awal untuk mengakhiri perintah kawalan pergerakan di Perancis, yang bermula pada 17 Mac lalu dan dijadual sehingga sekurang-kurangnya 15 April. - Reuters
Orang yang berlebihan berat badan berisiko tinggi jika dijangkiti koronavirus dan Amerika Syarikat (AS) berada dalam situasi bahaya kerana tahap obesiti sangat tinggi di negara itu, ujar ketua epidemiologi Perancis pada Rabu.
Reuters melaporkan Profesor Jean-François Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik bagi menasihati kerajaan berkaitan epidemik itu berkata seramai 17 juta daripada rakyat Perancis yang berjumlah 67 juta berisiko tinggi terhadap COVID-19 disebabkan faktor usia, sudah mempunyai penyakit tertentu, dan juga obesiti.
"Virus ini sangat dahsyat. Ia boleh menjangkiti orang muda, khususnya orang muda yang obes. Mereka yang berlebihan berat badan perlu berhati-hati.
“Sebab itulah kita bimbang pada rakan-rakan kita di Amerika, yang terkenal dengan masalah obesiti, dan mereka mungkin mempunyai banyak masalah yang disebabkan obesiti,” ujar Delfraissy.
Delfraissy berkata 88 peratus daripada mereka yang dijangkiti koronavirus hanya mengalami simptom seperti selesema teruk.
Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat COVID-19 adalah 2 peratus. Namun, ia boleh meningkat sehingga 14 peratus bagi mereka yang lebih lemah.
Walaupun penularan COVID-19 di Perancis agak pantas, negara itu masih jauh daripada sampai ke tahap 50 peratus hingga 60 peratus populasinya dijangkiti dan sembuh, hingga pada tahap tertentu paras ‘imuniti berkumpulan’ dicapai, jelas Delfraissy.
"Data awal menunjukkan bilangan mereka yang memiliki imuniti lebih rendah daripada yang kami bayangkan, iaitu kira-kira 10-15 peratus,” ujar pakar penyakit berjangkit itu yang pernah mengetuai penyelidikan Perancis tentang Ebola dan AIDS.
Tambahnya, masih awal untuk mengakhiri perintah kawalan pergerakan di Perancis, yang bermula pada 17 Mac lalu dan dijadual sehingga sekurang-kurangnya 15 April.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kesihatan
#koronavirus
#obesiti
#pakar
#Perancis
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan