Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Okinawa tuntut perketatkan langkah pencegahan di pangkalan AS

Okinawa tuntut perketatkan langkah pencegahan di pangkalan AS
Jurucakap pegawai di Okinawa memaklumkan, 32 lagi kes dilaporkan pada Isnin di Marine Corps Air Station Futenma. - Reuters
MENTERI Pertahanan Jepun mengesan pelbagai masalah wujud di pangkalan Tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu dalam usaha pencegahan awal penularan COVID-19.

Ia susulan lebih daripada 90 kes COVID-19 telah disahkan di Pangkalan Tentera AS di Pulau Okinawa.

Jurucakap pegawai di Okinawa memaklumkan, 32 lagi kes dilaporkan pada Isnin di Marine Corps Air Station Futenma.

Dalam pada itu, laporan turut mendedahkan sebilangan besar kes COVID-19 berlaku di pangkalan udara.
Pendedahan mengenai angka yang tepat itu hanya diperoleh setelah Okinawa berulang kali membuat permintaan daripada pihak tentera AS.

Okinawa merupakan penempatan bagi lebih 50,000 tentera AS yang berpusat di Jepun di bawah perjanjian keselamatan dua hala.


Tag: Jepun, Okinawa, tentera, Amerika Syarikat, AS, keselamatan, koronavirus, kes positif, pangkalan udara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.