awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar perubatan ramal COVID-19 berakhir pada April

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2020
01:03 MYT
Pakar perubatan ramal COVID-19 berakhir pada April
Zhong Nanshan ramal COVID-19 yang memuncak di China bulan ini akan berakhir pada April. REUTERS
Penularan wabak novel koronavirus (COVID-19) yang memuncak di China bulan ini diramal berakhir pada April.
Perkara itu didedahkan Pakar Epidemiologi yang juga Penasihat Perubatan Kerajaan China, Zhong Nanshan.
Menurut Nanshan, perkara itu adalah hasil penilaian terbaharu mengenai virus yang sudah merebak ke seluruh dunia itu.
“Jumlah kes jangkitan baharu semakin turun secara perlahan-lahan. Bagaimanapun, wabaknya dijangka mencapai kemuncak pada pertengahan atau akhir Februari ini.
“Berdasarkan ramalan dan analisis model matematik, sepanjang tempoh ini, ramai yang akan kembali ke bandar.
“Ada juga yang bimbang jika ia akan kembali meletus ke kemuncaknya, tetapi pada pandangan saya, ia tidak akan ada kemuncak lebih tinggi,” katanya kepada Reuters.
BACA: Jumlah kematian global COVID-19 meningkat kepada 1,114 orang
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian meningkat kepada 1,114
Tambah beliau, keyakinan itu juga susulan perkembangan terbaru COVID-19 yang menunjukkan aliran penurunan di beberapa tempat di China melibatkan wilayah Guangdong dan Zhengjiang
Beliau mula dikenali ramai berikutan kejayaannya memerangi wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.
“Tindakan China mengambil beberapa langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini untuk mengelak kawasan dijangkiti dan membataskan laluan penghantaran, merupakan satu usaha terbaik.
“Setakat ini, data China menunjukkan kadar pemulihan COVID-19 agak rendah, dengan kurang 10 peratus pesakit disahkan bebas jangkitan,” jelasnya.
Nanshan pada masa yang sama turut berharap agar beberapa langkah perlu dilakukan bagi mengelak kejadian lebih buruk.
Katanya, perniagaan haiwan-haiwan liar perlu dihentikan selain memperhebat kerjasama antarabangsa dalam teknologi kebersihan, meningkatkan operasi pusat kawalan penyakit dan sistem sentry global untuk memberi amaran tentang wabak berbahaya.
“Jika kita terus kukuhkan kerjasama dengan koordinasi, kita pasti boleh mengesan jangkitan menerusi manusia ke manusia dengan lebih awal,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#koronavirus
#perubatan
#virus
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan