awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan akan bebaskan juruterbang tentera India pada Jumaat

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2019
13:45 MYT
Pakistan akan bebaskan juruterbang tentera India pada Jumaat
Pakistan akan membebaskan juruterbang Tentera Udara India (IAF), Komander Abhinandan Varthaman pada Jumaat.
Pakistan akan membebaskan juruterbang Tentera Udara India (IAF), Komander Abhinandan Varthaman pada Jumaat.
Keputusan itu dibuat Perdana Menterinya, Imran Khan dalam usaha menjernihkan situasi antara kedua-dua negara.
Pengumuman berkenaan juga menyusul selepas beberapa jam Menteri Luar, Mehmood Qureshi menyatakan Imran Khan sedia berunding dengan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi dalam usaha meredakan ketegangan India-Pakistan.
Malah, Presiden Amerika Syarikat turut memberikan isyarat bahawa akan ada perkhabaran baik antara kedua-dua negara.
Juruterbang jet pejuang India itu sebelum ini ditangkap oleh tentera Pakistan.
BACA: Pakistan tawan juruterbang pesawat pejuang India
BACA: India mahu Pakistan bebaskan juruterbangnya
"Juruterbang India itu ada pada kami. Sebagai proses keamanan, kami akan membebaskannya esok," kata Imran Khan.
Dalam pada itu, Imran turut berkata beliau ada menghubungi Narendra modi, namun gagal.
India juga dilaporkan tidak membuat sebarang tawaran berhubung penahanan juruterbangnya itu.
Ketegangan India-Pakistan meningkat sejak ke pengeboman berani mati di wilayah kumpulan bersenjata Pakitan, Jaish-e-Muhammad (JeM) di Kashmir yang menyebabkan 42 separa tentera pada 14 Februari lalu.
Ia semakin memuncak pada Selasa apabila Pakistan melancarkan serangan udara merentasi LoC membahagi wilayah India dan Pakistan di Kashmir, dan menembak jatuh dua jet tentera India.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Imran Khan
#India
#Juruterbang jet pejuang India
#juruterbang Tentera Udara India
#Kashmir
#Komander Abhinandan Varthaman
#konflik India-Pakistan
#Mehmood Qureshi
#Narendra Modi
#Pakistan
#Pakistan tawan juruterbang India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan