Pihak berkuasa Perancis mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam yang kerap dikunjung di Paris.

Pengumuman tersebut dibuat susulan peningkatan kes positif jangkitan virus COVID-19.

Langkah sama turut dikuatkuasakan di Marseille, kota kedua terbesar Perancis dan resort French Riviera di Saint-Tropez.

Dewan Bandaraya Paris mencadangkan bahawa pelitup muka wajib dipakai di jalan beli belah yang sesak, di sepanjang tebing Sungai Seine dan Canal Saint-Martin selain di taman serta pasar terbuka.

Arahan tersebut juga terpakai di kawasan di pinggir bandar Paris, menurut pihak berkuasa.


Mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut akan dikenakan denda RM666.34 (135 Euro).





Sebelum ini, Perancis sudah mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan awam tertutup.

Setakat Isnin, Perancis merekodkan 197,921 kes positif baharu jangkitan COVID-19 dan 30,324 kes kematian.