awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Britain lulus usul tinggalkan EU tanpa sebarang perjanjian

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2019
01:20 MYT
Parlimen Britain lulus usul tinggalkan EU tanpa sebarang perjanjian
Sehingga kini, May masih bergelut untuk meyakinkan ahli Parlimen Britain mengenai perjanjian itu. - Gambar fail
Jalan Brexit di bawah kepimpinan Perdana Menteri Theresa May terus berliku dan berdepan halangan.
Ini selepas Parlimen Britain pada Selasa meluluskan usul menyokong negara itu meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa sebarang perjanjian.
Seramai 303 ahli Parlimen menyokong Britain keluar dari EU tanpa perikatan perjanjian, sementara 296 lagi membantah.
Ia hanya kemenangan majoriti mudah dan keputusan itu bagaimanapun bukan penentu muktamad kepada Brexit.
Ini kerana, Parlimen memerlukan majoriti besar sebelum hasrat keluar dari EU tanpa perjanjian boleh dilaksanakan.
Perkembangan ini juga memberi petunjuk kepada kelemahan pentadbiran May dan perpecahan parti.
Dalam pada itu, pengundian bagi perjanjian pengunduran Britain dari EU akan dilaksanakan pada 15 Januari.
Ia akan didebatkan selama lima hari bermula Rabu sebelum sesi pengundian berlangsung.
May menunda pengundian yang dijadual bulan depan gara-gara penolakan ketara ahli Parlimen.
Bantahan bukan sahaja dari kalangan pembangkang, malah dari kalangan anggota Parti Konservatif sendiri.
Sehingga kini, May masih bergelut untuk meyakinkan ahli Parlimen Britain mengenai perjanjian itu.
Jika perjanjian itu gagal mendapat sokongan di Parlimen, Britain berkemungkinan meninggalkan EU tanpa sebarang rundingan.
Britain dijadual meninggalkan EU secara rasmi pada 29 Mac.
Topic Berkaitan
#Brexit
#Britain
#EU
#Kesatuan Eropah
#Parlimen
#perjanjian
#Theresa May
#undian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan