awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri rantai dan dera anak bertahun

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2018
20:47 MYT
Pasangan suami isteri rantai dan dera anak bertahun
Pasangan Turpin kurung dan dera 13 anak mereka selama berbulan-bulan - Gambar Twitter - Riverside County Sheriff's Dept
Sepasang suami isteri di California, Amerika Syarikat mengurung dan mendera 13 anak mereka selama bertahun-tahun sehingga menyebabkan ada kalangan mereka berdepan masalah kekurangan zat makanan.
Anak pasangan itu yang berusia 12 tahun hanya mempunyai berat kanak-kanak berusia tujuh tahun, sementara anak perempuan mereka yang berusia 29 tahun, dianggarkan seberat 37 kilogram.
Selain berdepan masalah kekurangan zat makanan yang serius, anak pasangan David Turpin, 56 tahun dan Louise Turpin, 49 tahun dikesan mempunyai gangguan kognitif, kerosakan saraf akibat penderaan fizikal yang melampau dan berpanjangan.
Mereka juga hanya dibenarkan mandi sekali dalam tempoh setahun.
Peguam Daerah Riverside, Mike Hestrin memaklumkan pasangan itu bakal berdepan tuduhan menyeksa, mendera dan menahan secara salah anak-anak mereka.
Jika disabit kesalahan, pasangan Turpin berdepan hukuman penjara 94 tahun atau seumur hidup.
Anak pasangan itu yang berusia antara dua ke 29 tahun kini mendapat rawatan di hospital selepas diselamatkan pihak berkuasa.
Penderitaan mereka berakhir apabila salah seorang anak pasangan itu yang berusia 17 tahun melarikan diri dan meminta bantuan.
Remaja berkenaan merancang melarikan diri sejak dua tahun lalu, dan akhirnya berpeluang menyusup keluar menerusi tingkap rumah mereka.
Kediaman Turpin yang menjadi penjara  untuk 13 orang anak pasangan itu selama berbulan-bulan - APTN
Kediaman Turpin yang menjadi penjara untuk 13 orang anak pasangan itu selama berbulan-bulan - APTN
Anak pasangan Turpin memaklumkan penyiasat, ibu bapa mereka pada mulanya mengikat tangan menggunakan tali.
Namun, apabila ikatan itu berjaya dilepaskan mereka, pasangan Turpin kemudian menggunakan rantai dan mangga, mengikat anak-anak mereka ke katil.
Pasukan penyelamat mendedahkan menemui 13 anak pasangan turpin dalam kediaman yang kotor dan berbau.
Tiga daripada mangsa diikat ke katil.
Penyelamat menyangka semua 13 mangsa adalah kanak-kanak namun kemudian mendapati ada sebahagian daripada mereka sudah melepasi usia remaja, dan merupakan golongan dewasa dengan masalah kekurangan zat.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#California
#Kanak-kanak
#kurung
#mangsa
#remaja
#Turpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan