Suspek yang menyerang dan menikam menteri Indonesia, Wiranto, dipercayai berfahaman radikal dan mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas, kata Polis Indonesia.
Presiden Indonesia Joki Widodo (Jokowi) yang dipetik media tempatan, mahu polis dan tentera Indonesia mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap jaringan pelaku terbabit, selain mengarahkan kawalan lebih ketat terhadap menteri kabinetnya.
Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Indonesia, Wiranto, cedera ditikam sejurus keluar dari keretanya untuk menghadiri satu majlis di Banten oleh seorang suspek lelaki, yang sebelum itu berpura-pura mahu bersalaman.
Wiranto, 72, kini menerima rawatan lanjut dan menjalani pembedahan di Rumah Sakit (hospital) Pusat Angkatan Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto di Jakarta.
"Saya perintahkan kepada polis dan tentera menyiasat sepenuhnya dan mengambil tindakan tegas terhadap jaringan (kumpulan pengganas dan radikal) yang terkait dengan peristiwa (kejadian) itu," kata Jokowi yang dipetik agensi berita Antara.
Jokowi turut menziarahi Wiranto di RSPAD, manakala naib presiden Indonesia Jusuf Kalla yang turut melawat Wiranto berkata bekas Panglima Tentera Indonesia itu kini dalam keadaan stabil.
Polis Indonesia dalam satu kenyataan berkata, dua suspek yang ditahan dalam kejadian itu iaitu Syahril Alamsyah, 31, dan Fitri Andriana Sunarto, 21 tahun, adalah pasangan suami isteri.
Suspek yang menikam Wiranto iaitu Syahril, berasal dari Medan, Sumatera, dan polis Indonesia kini melakukan penggeledahan di rumahnya di Medan, manakala isterinya berasal dari Pandeglang.
Dalam kejadian itu, dua lagi termasuk seorang anggota polis dan orang awam turut cedera terkena tikaman gunting dari suspek.
Wiranto dibawa ke Klinik Menes Medical Center di Pandeglang bagi rawatan awal, sebelum dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Pandeglang untuk rawatan lanjut, dan kemudianya diterbangkan dengan helikopter ke RSPAD, Jakarta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
Kelaziman pertemuan secara dekat atau ahli politik yang dikerumun orang ramai kini difikirkan semula sama ada ia selamat atau sebaliknya. - Foto: Facebook Wiranto
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.