awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasport Jepun paling berkuasa di dunia, Malaysia di tempat ke-10

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
10/10/2018
08:09 MYT
Pasport Jepun paling berkuasa di dunia, Malaysia di tempat ke-10
Iraq dan Afghanistan berada di kedudukan terendah dengan hanya 30 buah negara yang boleh dikunjungi oleh rakyatnya. -Gambar hiasan/Pexels
Jepun mengetepikan Singapura untuk mengungguli kedudukan teratas dalam Indeks Pasport Henley 2018, sekali gus dinobatkan sebagai negara dengan pasport paling berkuasa di dunia.
Menurut indeks oleh firma Henley & Partners, Jepun menerima perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan di 190 buah negara.
Singapura yang kini jatuh di tempat kedua mempunyai perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan di 189 buah negara, kata firma itu di laman webnya.
Jepun menambah satu lagi negara dalam senarai perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan selepas Vietnam memberikan kelebihan tersebut kepada Jepun.
Sementara itu, Malaysia menduduki tempat ke-10 dengan 180 negara memberikan perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan.
Iraq dan Afghanistan berada di kedudukan terendah dengan hanya 30 buah negara yang boleh dikunjungi oleh rakyatnya.
Indeks Pasport Henley merupakan indeks kedudukan pasport serata dunia mengikut bilangan negara yang boleh dikunjungi oleh pemegangnya secara Visa Bebas dan Visa Ketibaan.
Kedudukan ini berdasarkan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan kajian dalaman.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Jepun
#Malaysia
#negara
#pasport
#Singapura
#Visa Bebas
#visa ketibaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan