PASUKAN keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang berada di Douma, Syria, bagi melawat tapak serangan senjata kimia di sana telah diserang oleh penembak rambang pada Rabu.
Serangan ini memaksa mereka untuk berundur ke pangkalan PBB dan menunda misi mereka untuk menyiasat dan mencari fakta di sebalik tragedi berdarah itu.
Menurut ketua pemerhati senjata kimia antarabangsa, Ahmet Uzumcu, kejadian itu memaksa mereka untuk kembali ke Damsyik dan mendapatkan perlindungan.
Bagaimanapun, identiti penyerang setakat ini belum dikenal pasti.
Kenyataan rasmi dikeluarkan selepas mesyuarat tertutup Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) di The Hague menyebut, satu kejadian tembakan kecil berlaku dan satu bom diletupkan semasa misi dilancarkan.
Para petugas, khususnya Inspektor dari OPCW, telah berada di Douma sejak Sabtu lalu, tetapi perjalanan mereka disekat oleh kerajaan Syria dan sekutunya, Rusia, pada Isnin.
Pada Selasa, pasukan sama berdepan kejadian kebakaran yang memaksa mereka untuk terus menangguhkan misi.
Agensi
Wed Apr 18 2018
Seorang budak berdiri di tengah sisa runtuhan bangunan di bandar Douma, Damsyik, Syria, 16 April, 2018. REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Malaysia kecam tindakan sasar bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria
Malaysia mengecam tindakan menyasarkan bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang telah mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.
Damsyik gesa masyarakat global ambil langkah hentikan serangan Israel terhadap sasaran awam
Serangan udara Israel ke atas Damsyik membunuh lima penasihat tentera Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, termasuk seorang komander perkhidmatan perisikan Pasukan Quds.
Lima maut dalam serangan udara di Damsyik
Lima orang terbunuh selepas sebuah bandar di Damsyik, Syria dilaporkan menjadi sasaran serangan roket yang disyaki milik Israel pada Sabtu.
Serangan udara Israel di Damsyik mengakibatkan kematian - Laporan
SANA dan Syria TV melaporkan lima maut di kejiranan Kafr Souseh, manakala SOHR mengeluarkan angka kematian mencecah 15 orang.
Pasukan Peninjau Khas dijangka tiba di Damsyik malam ini
Pasukan ini akan mendapatkan gambaran sebenar dan membuat penilaian mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan.
Israel dakwa tiada kepentingan terhadap Syria, Lebanon
Gantz berkata, bagaimanapun pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap Syria dan Lebanon selain faktor keselamatan.
Dibunuh selepas pulang
Bushra al Abdullah dan keluarganya telah memilih untuk kembali semula ke kampung halaman di bahagian barat pinggir Damsyik, Syria secara sukarela.
Pelarian Syria lancar jenama kasut mewah di Perancis
Sungguhpun demikian, beliau kini menjual jenama kasut mewah karyanya sendiri kepada golongan mewah dan hartawan Perancis serta Hollywood.
Iran nafi akan berundur dari Syria
Kedua-dua negara mempunyai hubungan rapat yang tidak mungkin boleh dipengaruhi oleh propaganda daripada mana-mana pihak.
Pasukan keselamatan PBB diserang di Douma, misi siasatan ditangguh
Serangan ini memaksa mereka untuk berundur ke pangkalan PBB dan menunda misi mereka untuk menyiasat dan mencari fakta di sebalik tragedi berdarah itu.