Isu pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat mengundang titisan air mata dari perwakilan yang berbahas di Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Wakil Kelab UMNO London, Ahmad Syazwan Shah Shah Headan tidak dapat menahan kesedihan apabila berbahas mengenai perkara tersebut.

"Jika ibu dan ayah tidak menjaga parti. Jika ibu dan ayah tidak pertahankan parti. Apa akan jadi kepada kami?

"Baitulmaqdis pun tidak dapat dipertahankan," katanya.