PERTUBUHAN Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) membidas pemerintahan Brunei kerana berhasrat melaksanakan undang-undang hudud yang antara lain merejam pelaku homoksesual dan penzina serta memotong tangan orang yang mencuri.

"Saya merayu pada kerajaan (Brunei) untuk berhenti daripada melaksanakan undang-undang drakonian yang hanya akan menandakan kemunduran perlindungan hak asasi manusia kepada rakyat Brunei jika (undang-undang) dilaksanakan," kata Ketua Hak Asasi UN, Michelle Bachelet dalam satu kenyataan.

Brunei yang merupakan sebuah negara monarki mutlak selama 51 tahun ditadbir oleh Sultan Hassanal Bolkiah akan melaksanakan undang-undang hudud berkuatkuasa Rabu ini.

Pada 2013, Brunei mengumumkan rancangan pelaksanaan undang-undang berkenaan namun ditangguhkan selepas mendapat tentangan daripada kumpulan hak asasi manusia selain pihak berkuasa memperincikan pelaksanaan.

Undang-undang baharu itu memperuntukkan hukuman mati di atas pelbagai kesalahan termasuk rogol, zina, liwat, mencuri serta menghina Nabi Muhammad.

Hukuman sebatan di hadapan khalayak juga akan diperkenalkan bagi menghukum mereka yang menggugurkan kandangan selain memotong tangan pencuri.

Bachelet turut menegaskan, sejumlah pakar hak asasi manusia UN turut menyuarakan kebimbangan mengenai kezaliman, tidak berperikemanusiaan serta menjatuhkan maruah hukuman seperti yang terkandung dalam order panel kod.

Reaksi Bachelet dikeluarkan sejurus selepas beberapa tokoh politik serta selebriti dunia termasuk George Clooney dan Elton John yang membidas undang-undang baharu itu selain menggesa semua rangkaian hotel yang dimiliki Sultan Hassanal Bolkiah diboikot.

BACA: George Clooney gesa hotel Sultan Brunei diboikot