awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB kecewa tindak balas dunia terhadap COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2020
01:11 MYT
PBB kecewa tindak balas dunia terhadap COVID-19
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata koordinasi secara global adalah kunci dalam memerangi COVID-19. -Gambar fail
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik kurangnya koordinasi antarabangsa dalam menangani pandemik COVID-19 dan memberi amaran 'polisi bersendirian' banyak negara tidak akan mengalahkan virus itu.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam wawancara bersama Associated Press pada Selasa berkata apa yang perlu dilakukan adalah untuk semua negara memahami bahawa bertindak secara sendirian membuatkan mereka mewujudkan situasi tidak terkawal.
Jelasnya, koordinasi secara global adalah kunci dalam memerangi COVID-19.
Tambah Guterres, COVID-19 bermula di China, menular di Eropah kemudian ke Amerika Utara dan sekarang ke Amerika Selatan, Afrika dan India.
Kini beberapa pihak mula bercakap mengenai gelombang kedua yang boleh hadir pada bila-bila masa dan terdapat kekurangan koordinasi di antara negara dalam tindak balas terhadap COVID-19.
Guterres menyatakan adalah penting menggunakan fakta itu, untuk memastikan semua negara faham bahawa penyatuan dan mengumpulkan kemampuan mereka bukan hanya dalam melawan wabak.
Namun koordinasi kerjasama dalam mendapatkan rawatan, mekanisme ujian dan vaksin yang boleh diakses oleh semua orang.
Setiausaha Agung PBB itu berkata penyelarasan tindak balas politik, ekonomi dan sosial terhadap kejatuhan akibat COVID-19 akan membantu mengalahkan kesan pandemik itu.
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#COVID-19
#koronavirus
#pandemik
#PBB
#polisi bersendirian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan