awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Venezuela kerja empat hari bermula minggu ini

Agensi
Agensi
07/04/2016
10:07 MYT
Pekerja Venezuela kerja empat hari bermula minggu ini
Laporan media bagaimanapun tidak menyebut apakah penutupan setiap Jumaat itu turut dikenakan ke atas sekolah dan semua urusan pejabat. - Gambar AFP
Pekerja di Venezuela akan mendapat cuti tambahan hujung minggu pada setiap Jumaat sehingga awal Jun ini sebagai langkah segera kerajaan menjimatkan kos elektrik, lapor agensi berita AFP.
Hujung minggu panjang itu bermula minggu ini dan dijadual berakhir pada 6 Jun ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Venezuela Nicolas Maduro melalui satu ucapan yang disiarkan di televisyen.
“Pelan selama dua bulan ini akan membolehkan kita menempuh waktu paling sukar dan paling berisiko ini. Saya menyeru semua rakyat untuk menyokong pelan ini dengan penuh disiplin, penuh kesedaran dan kerjasama untuk menghadapi keadaan yang ekstrem ini,” kata Maduro.
Laporan media bagaimanapun tidak menyebut apakah penutupan setiap Jumaat itu turut dikenakan ke atas sekolah dan semua urusan pejabat.
Pengumuman itu bagaimanapun disambut dengan reaksi yang pelbagai termasuk dalam kalangan rakyat yang mempersoalkan apakah dengan tidak bekerja rakyat akan menjimatkan elektrik.
Maduro's no-work Friday decision is meant to last 60days #venezuela #PowerCrisis he doesnt seem to know people also burn electricity at home
— Margot (@margotch) April 7, 2016
Pengumuman ini menyusul langkah Presiden Venezuela memberikan cuti panjang sempena Hari Paskah ketika negara itu berdepan dengan krisis bekalan tenaga.
Cuti Hari Paskah selama dua hari pada hujung bulan lepas dilanjutkan sehingga lima hari.
Venezuela berdepan dengan krisis bekalan elektrik selepas kadar air di semua 18 empangan janakuasa hidroelektrik surut teruk kerana musim kemarau.
Topic Berkaitan
#Nicolas Maduro
#Pekerja di Venezuela akan mendapat cuti tambahan hujung minggu pada setiap Jumaat sehingga awal Jun ini sebagai langkah segera kerajaan menjimatkan kos elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan