awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
[KOLUMNIS] Universiti tidak jamin pekerjaan tetapi bina keupayaan jangka panjang mahasiswa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar antarabangsa perlu meninggalkan AS jika universiti beralih kepada pembelajaran dalam talian

Bernama
Bernama
07/07/2020
05:37 MYT
Pelajar antarabangsa perlu meninggalkan AS jika universiti beralih kepada pembelajaran dalam talian
Data Jabatan Perdagangan menunjukkan pelajar antarabangsa menyumbang US$45 bilion kepada AS pada 2018. - Gambar fail
Amerika Syarikat pada Isnin mengumumkan pelajar antarabangsa mungkin perlu meninggalkan negara itu andai universiti beralih kepada pembelajaran dalam talian untuk semester 2020, akibat pandemik COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
Jika tidak, pelajar berisiko melanggar status visa mereka.
"Pelajar antarabangsa juga tidak dibenarkan mengikuti pengajian sepenuhnya melalui kelas dalam talian," kata Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) dalam satu kenyataan.
Di bawah garis panduan Program Pertukaran Pelajar (SEVP) yang baharu dipinda, dikendalikan ICE, Jabatan Negara AS tidak akan mengeluarkan visa kepada pelajar yang mendaftar di sekolah atau program dalam talian sepenuhnya untuk semester 2020.
Pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS juga tidak membenarkan pelajar-pelajar ini masuk ke negara ini.
Sementara itu, pelajar asing F-1 yang mengikuti sebahagian pembelajaran secara dalam talian dan menghadiri kelas terikat dengan peraturan persekutuan yang ada. Pelajar dalam kategori ini yang layak boleh mengambil maksimum satu kelas atau tiga jam kredit secara dalam talian, menurut kenyataan itu.
"Pengecualian di atas tidak tertakluk kepada pelajar yang mengikuti program bahasa Inggeris atau pelajar ijazah vokasional, mereka tidak dibenarkan mendaftar kursus dalam talian," kata kenyataan itu.
Pendaftaran pelajar antarabangsa di AS menurun dalam setiap kategori dengan 269,383 mendaftar pada 2018-2019 berbanding 300,743 pelajar baharu pada 2015-2016, menurut Institut Pendidikan Antarabangsa .
Data Jabatan Perdagangan menunjukkan pelajar antarabangsa menyumbang US$45 bilion kepada AS pada 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#dalam talian
#Imigresen
#kastam
#koronavirus
#pandemik
#pelajar
#pelajar antarabangsa
#pendidikan
#pengajian
#sekolah
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan