awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesihatan Tun Mahathir positif selepas dua minggu terima rawatan di IJN
PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini
10 politeknik dinaik taraf, pendidikan percuma diperluas - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong dengan sejarah perjalanan ke Iran, Itali Utara dan Korea Selatan dilarang memasuki Singapura

Bernama
Bernama
03/03/2020
21:06 MYT
Pelancong dengan sejarah perjalanan ke Iran, Itali Utara dan Korea Selatan dilarang memasuki Singapura
Langkah tambahan diambil Singapura susulan terdapat peningkatan dalam jumlah kes COVID-19 yang telah disahkan di seluruh dunia terutama di Iran, Itali utara, Jepun dan Korea Selatan.
Mulai hari ini, Singapura akan melarang kemasukan pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan ke Iran, Itali utara dan Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu pada Selasa.
Menurut kenyataan MOH, mereka tidak akan dibenar memasuki atau melakukan transit melalui Singapura mulai 4 Mac 2020 pada jam 2359.
Kementerian itu berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan menggantung pengeluaran semua bentuk visa baharu kepada pemegang pasport Iran dengan serta-merta.
Selain itu, visa jangka pendek dan kemasukan berbilang yang telah dikeluarkan kepada pemegang pasport Iran akan digantung, katanya.
Langkah tambahan itu diambil susulan terdapat peningkatan dalam jumlah kes COVID-19 yang telah disahkan di seluruh dunia terutama di Iran, Itali utara, Jepun dan Korea Selatan.
"Ia adalah untuk mengehadkan risiko yang mungkin ditimbulkan rantau terjejas ini kepada Singapura," menurut kenyataan itu.
Setakat tengah hari, terdapat sejumlah 90,689 kes COVID-19 yang telah disahkan di seluruh dunia, termasuk 10,538 kes di luar tanah besar China.
Korea Selatan mencatat 4,812 kes, peningkatan sebanyak 600 kes; Iran mencatat 1,501 kes (peningkatan 523) dan Jepun melaporkan sejumlah 268 kes yang telah disahkan.
Terdapat 1,835 kes dilaporkan di Itali, kebanyakannya di wilayah utara iaitu Lembah Aosta, Piedmont, Liguria, Lombardy, Emilia-Romagna, Veneto, Friuli-Venezia Giulia dan Trentino-Alto Adige/Sudtirol.
"Singapura adalah sebuah negara yang kecil, negara bandar yang menghubungkan seluruh dunia dan kami berdepan dengan risiko kes import yang lebih tinggi," kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#ICA
#Iran
#Itali
#Kementerian Kesihatan
#Korea Selatan
#larang kemasukan
#pelancong
#Singapura
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan