Seorang lelaki telah bertindak mengamuk di sebuah kedai peranti Apple di Perancis, dengan merosakkan telefon serta tablet yang terdapat di kedai itu menggunakan bola logam.

Rakaman kekecohan itu tersebar meluas di negara tersebut dan juga di YouTube.

Dalam video itu, lelaki itu dilihat memasuki kedai yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Dijon, sebelum memecahkan skrin telefon dan tablet menggunakan bola logam sebesar penumbuk, yang biasa digunakan dalam sejenis sukan bowling di Perancis.

“Saya sudah beri amaran supaya mereka membayar ganti rugi, tapi mereka enggan,” kata lelaki itu kepada pelanggan lain.


Dia kemudiannya ditahan oleh seorang pengawal keselamatan.

Peguam Marie-Christine Tarrare berkata lelaki itu menyebabkan kerosakan kira-kira 55,000 euros ($56,000).

Pendakwaraya Perancis memaklumkan akan mempercepatkan perbicaraan terhadap lelaki tersebut.

Pihak Apple setakat ini belum memberi maklum balas berhubung insiden yang berlaku pada Khamis itu.