awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang kembali dilanda banjir, satu PPS dibuka di Raub
RM1 juta tidak lagi cukup untuk anda keluarkan duit KWSP selepas bersara
Mangsa kedua lemas di Pantai Sura Tengah ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarian di Cox's Bazar bimbang jangkitan COVID-19 terus menular

Agensi
Agensi
03/06/2020
11:22 MYT
Pelarian di Cox's Bazar bimbang jangkitan COVID-19 terus menular
Perkara itu pastinya membimbangkan pelarian lain memandangkan mereka hidup dalam keadaan sempit di dalam kem tersebut. Foto: AP Newsroom
Jumlah kes jangkitan COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh kian meningkat lebih-lebih lagi selepas kes kematian pertama akibat wabak itu dalam kalangan pelarian dilaporkan minggu ini.
Perkara itu pastinya membimbangkan pelarian lain memandangkan mereka hidup dalam keadaan bersesakan di dalam kem tersebut.
Salah seorang pelarian, Najim Ullah, khuatir dengan keadaan mereka yang daif dan peningkatan kes positif dalam kalangan mereka.
“Kami bimbang dengan keadaan yang tidak pernah berlaku ini. Kami bimbang kerana kami hidup dalam keadaan sempit.
“Jika ia berlaku terhadap salah seorang daripada kami, ia akan mudah tersebar. Kami juga tidak mempunyai wang dan tiada siapa yang membantu kami jika dijangkiti. Itu adalah sebab mengapa kami sangat bimbang,” ujarnya.
Malah pihak berkuasa turut bimbang kes jangkitan dalam kalangan pelarian di di Cox's Bazar akan terus meningkat.
Terdahulu, pihak berkuasa mengesahkan kematian lelaki berusia 71 tahun yang sebelum ini menjalani rawatan COVID-19 di pusat pengasingan.
Sampel mangsa dihantar ke Dhaka dan hasil ujian mengesahkan lelaki itu dijangkiti COVID-19.
Setakat ini, 29 kes positif COVID-19 disahkan dalam kalangan pelarian.
Di Bangladesh, jumlah kumulatif kes positif kini menghampiri 53,000 kes dengan 709 kematian.
Bagaimanapun, jumlah jangkitan dijangka lebih tinggi berbanding yang direkodkan memandangkan ramai yang tidak menjalani ujian saringan.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#COVID-19
#kem pelarian
#pelarian
#Rohingya
#sempit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan