awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemanasan global: Mayat pendaki Gunung Everest yang hilang kini 'muncul'

Agensi
Agensi
24/03/2019
01:46 MYT
Pemanasan global: Mayat pendaki Gunung Everest yang hilang kini 'muncul'
Usaha untuk membawa keluar mayat pendaki Gunung Everest yang ditemui agak sukar kerana ia perlu dilakukan mengikut undang-undang, dengan penglibatan agensi kerajaan.
KESAN pemanasan global bukan hanya mengancam penduduk dunia, malah tahap imunisasi gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest, turut terjejas sehingga 'memunculkan' mayat pendaki yang dilaporkan hilang selama ini.
Baru-baru ini, kebimbangan berhubung ancaman itu semakin dirasai dengan glasier yang semakin mencair, lapor CNN.
Bekas pendaki Gunung Nepal, Ang Tshering Sherpa berkata, penemuan mayat-mayat yang hilang itu adalah disebabkan perubahan iklim yang berpunca daripada salji dan glasier yang mencair dengan pantas.
Katanya, pendaki menemui sebahagian mayat di bahagian China yang berhampiran dengan gunung itu.
Persatuan Pengendali Ekspredisi Nepal (EOCN) memaklumkan kepada BBC, usaha untuk membawa keluar mayat yang ditemui agak sukar kerana ia perlu dilakukan mengikut undang-undang, dengan penglibatan agensi kerajaan.
Laporan CNN menunjukkan lebih 200 pendaki maut di puncak Gunung Everest sejak 1992.
“Isu ini perlu dilihat secara serius oleh kerajaan dan industri pendaki gunung itu sendiri,” kata Presiden EOAN, Dambar Parajuli, menurut BBC.
Dalam pada itu, proses membawa keluar mayat pendaki yang ditemui turut melibatkan kos yang besar.
Menurut laporan The Washington Post, kos untuk membawa keluar satu mayat dianggarkan sekitar RM122,000 (AS$30,000) hingga RM284,000 (AS$70,000).
Kebanyakan kematian berlaku di ‘zon mati’, di kawasan setinggi 7924 meter (26,000 kaki) di atas gunung itu.
Topic Berkaitan
#China
#glasier
#Gunung Everest
#hilang
#himalaya
#imunisasi
#kerajaan
#mati
#maut
#mayat
#Nepal
#pemanasan global
#pendaki
#salji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan