Tutup

Berita  | Dunia

Pemandu e-hailing panik, halau penumpang baru pulang dari Wuhan

Pemandu e-hailing panik, halau penumpang baru pulang dari Wuhan
Panik dengan pengakuan lelaki itu, pemandu e-hailing terbabit bertindak menghalau penumpang berkenaan keluar dari kenderaan. - Gambar Twitter @RT_com
SEBUAH rakaman video memaparkan seorang pemandu e-hailing bertindak menghalau penumpang dari Wuhan, China tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku ekoran rasa panik pemandu berkenaan yang bimbang dijangkiti wabak koronavirus yang kini melanda di seluruh dunia.

Difahamkan, kejadian itu dirakam menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashboard) yang diletakkan di dalam kenderaan terbabit.

Rakaman berdurasi 1 minit 34 saat yang dimuat naik oleh twitter @RT_com itu menunjukkan penumpang itu mengalami batuk dan selesema.
Situasi terbabit menyebabkan pemandu tersebut mula bimbang dan kemudiannya bertanyakan soalan kepada penumpang terbabit.

“Kenapa kamu batuk? Kamu berasal dari mana?,” tanya pemandu itu.
Setelah itu, penumpang berkenaan mengakui dia baru sahaja pulang dari Wuhan dan mahu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Panik dengan jawapan penumpangnya, pemandu e-hailing terbabit terus bertindak menghalaunya.

"Kamu kena keluar sekarang, cepat keluar," katanya.


Video berkenaan mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia yang menyatakan rasa simpati kepada penduduk Wuhan kerana perlu berdepan dengan situasi yang sukar ketika wabak koronavirus melanda bandar itu.

Dalam masa sama, netizen turut mengecam tindakan pemandu tersebut kerana tidak bertimbang rasa dan tidak menunjukkan rasa keperikemanusiaan untuk membantu penumpang itu mendapatkan rawatan di hospital.




Tag: Twitter, video, tular, media sosial, Media, China, Hospital, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.