Seorang warga Australia ditahan polis selepas memandu kereta berjenama Lamborghininya hampir dua kali ganda melebihi kelajuan dibenarkan di Sydney dan menggunakan alasan terpaksa bergegas ke hospital untuk menjalani ujian COVID-19.

Dalam kejadian pada Rabu itu polis berkata lelaki itu telah ditahan kerana memandu dengan kelajuan 160 kilometer sejam di zon had laju 90 kilometer sejam.

Dia kemudiannya telah didenda kerana memandu dengan kelajuan yang tinggi selain lesennya turut digantung, lapor AFP.

Susulan itu polis menyeru warga Australia yang mengesyaki dijangkiti virus COVID-19 untuk menghubungi pusat perubatan terdekat terlebih dahulu.

"Pemandu tidak boleh melanggar peraturan jalan raya dalam apa jua keadaan.

"Jika anda berasa mempunyai sebarang simptom COVID-19, sila hubungi pihak khidmat perubatan terlebih dahulu untuk mendapatkan sebarang bantuan. Mengesyaki menghidap gejala wabak COVID-19 dan ingin mendapatkan bantuan daripada doktor atau hospital,

"Jika terdapat sebarang kecemasan, sila hubungi talian 000," kata Penolong Pesuruhjaya Polis, Michael Corboy.

Individu berusia 35 tahun itu telah diuji untuk COVID-19 dan kini menjalani pengasingan diri mandatori, jelas pihak polis.

Namun, tidak jelas sama ada dia telah diuji positif atau tidak.