awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
Penubuhan HLSCC angkat hubungan Malaysia-Turkiye ke peringkat tertinggi - PM Anwar
Komunikasi jelas penting dalam perubahan cukai - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Uber parah diserang di Kenya, kenderaan dibakar

Agensi
Agensi
22/02/2016
14:06 MYT
Pemandu Uber parah diserang di Kenya, kenderaan dibakar
Uber memulakan operasi di Kenya pada awal tahun 2015, dan berjaya menarik perhatian pelanggan yang selama ini tidak senang dengan tambang yang mahal dan kaedah tawar-menawar harga yang menyusahkan. - Gambar fail
Empat lelaki menyerang seorang pemandu kereta Uber dan membakar keretanya di ibu negara Kenya, kata polis pada Isnin, dalam insiden terbaru kemarahan yang memuncak terjhadap pemandu perkhidmatan pengangkutan awam persendirian itu di negara Afrika.
Pemandu Uber di seluruh dunia berdepan ancaman dan protes daripada pengendali teksi biasa, yang mendakwa tambang lebih murah yang dikenakan Uber menjejaskan pendapatan mereka, lapor Reuters.
Seorang pegawai polis Nairobi Japheth Koome, memberitahu kumpulan lelaki itu menyerang pemandu Uber berkenaan pada Ahad dan menuang petrol ke keretanya lantas dibakar.
“Saya percaya polis akan dapat menangkap mereka berdasarkan maklumat nombor pendaftaran kenderaan mereka. Kami mengambil serius kes seumpama ini,” ujarnya.
Tambah Koome, pemandu Uber itu berjaya melepaskan diri namun mengalami kecederaan teruk. Berhubung insiden itu, pihak Uber berkata akan memberikan sokongan penuh kepada pemandunya itu dan akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
Uber memulakan operasi di Kenya pada awal tahun 2015, dan berjaya menarik perhatian pelanggan yang selama ini tidak senang dengan tambang yang mahal dan kaedah tawar-menawar harga yang menyusahkan.
Namun awal bulan ini, para pemandu teksi biasa mengancam akan melumpuhkan system pengangkutan awam jika perkhidmatan Uber tidak diharamkan di Nairobi dalam tempoh tujuh hari.
Kerajaan bagaimanapun menolak desakan mereka dan member amaran sebarang tindakan ganas akan ditahan di bawah undang-undang.
Topic Berkaitan
#Bantahan
#kenderaan Uber dibakar
#Nairobi
#pemandu Uber
#prostes pemandu teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan