awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembawa koronavirus boleh menjangkau 44,000 orang - Pakar

Agensi
Agensi
27/01/2020
23:00 MYT
Pembawa koronavirus boleh menjangkau 44,000 orang - Pakar
Pakar Kesihatan Hong Kong memberi amaran bahawa penyebaran wabak koronavirus boleh menjadi lebih teruk jika epidemic global tidak ditingkatkan. Gambar: Astro AWANI
Pakar kesihatan Hong Kong memberi amaran bahawa penyebaran wabak koronavirus boleh menjadi lebih teruk jika langkah asas prapencegahan epidemik global tidak ditingkatkan.
Menurut Dekan Fakulti Perubatan Universiti Hong Kong, Prof Gabriel Leung, langkah kuarantin dan menyekat perjalanan setakat ini belum memadai untuk menangani risiko penularan virus.
Tambahnya, di Wuhan sahaja, pembawa virus berkenaan dikhuatiri boleh menjangkau sehingga 44,000 orang tanpa disedari, terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak menunjukkan sebarang simptom.
Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi daripada yang diisytiharkan oleh China, dan bilangannya boleh berganda setiap enam hari.
China bagaimanapun tidak memberi respons terhadap anggaran Leung.
Setakat ini, pihak berkuasa Hong Kong telah memperincikan syarat pengakuan kesihatan di wilayah pentadbiran khas China tersebut, selain giat mencari tapak terpencil untuk membangunkan kem-kem kuarantin.
Di Hong Kong sahaja, daripada hampir 400 orang yang disyaki dijangkiti koronavirus, hampir separuh daripadanya kini menerima rawatan di hospital.
Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang berpunca dari Wuhan, China telah membunuh lebih 80 mangsa dan sekitar 3,000 mangsa didapati positif.
Sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kecemasan kesihatan awam di China.
Topic Berkaitan
#China
#Hong Kong
#jangkitan
#koronavirus
#penyakit
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan