Penduduk di Tokyo mula berpusu-pusu untuk membeli barangan keperluan selepas gabenor bandar itu mengumumkan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.

Gabenor Yuriko Koike sebelum ini menggesa 14 juta penduduk di bandar raya itu untuk duduk di rumah dan tidak keluar bermula hujung minggu ini selain bekerja dari rumah pada hari biasa.

Koike turut menggesa rakyatnya yang baru pulang dari luar negara untuk kuarantinkan diri sendiri di rumah selama 14 hari.

Jelasnya, perintah berkurung akan dilaksanakan sekiranya jumlah kes positif masih menunjukkan peningkatan.