announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Pembunuh bersiri gemar 'berasmara' dengan mangsa diburu pihak berkuasa Thailand

Pembunuh bersiri gemar 'berasmara' dengan mangsa diburu pihak berkuasa Thailand
Suspek atau nama sebenarnya, Somkid Pumpuang, 55, diburu polis sejak Ahad malam kerana dipercayai membunuh Rasmee Mulichan. - Foto Agensi
BANGKOK: Polis kini sedang giat memburu seorang pembunuh bersiri yang dikenali sebagai “Thailand Jack the Ripper” selepas suspek disyaki sekali lagi melakukan pembunuhan di Khon Kaen, Thailand.

Suspek atau nama sebenarnya, Somkid Pumpuang, 55, diburu polis sejak Ahad malam kerana dipercayai membunuh Rasmee Mulichan.

Mangsa ditemui mati di rumahnya di Khon Kaen dalam keadaan lehernya diikat dengan pita, selain pergelangan kaki diikat menggunakan kabel pengecas telefon bimbit.

Hasil soal siasat dan keterangan saksi, polis mengesyaki Somkid terlibat dengan pembunuhan tersebut sebelum waran tangkap dikeluarkan untuk menangkapnya.

Somkid dibebaskan pada Mei lalu selepas mendapat pengampunan diraja.

Dia menjalani hukuman penjara selama 14 tahun selepas disabit bersalah membunuh sekurang-kurangnya lima pekerja seks di pusat karaoke dan rumah urut di Mukdahan, Lampang, Udon Thani dan wilayah Buriram.

Menurut polis, mangsa dibunuh dengan cara sama di mana Somkid mengadakan hubungan seks sebelum mencekik atau melemaskan mereka.

Pengarah Jabatan Koreksi, Kol. Narat Savettanan berkata, pembebasan Somkid merupakan satu kesilapan.

Polis percaya lelaki itu berada di suatu tempat di Udon Thani atau pulang ke kampungnya di wilayah Nong Khai.


Tag: Thailand, mangsa, suspek, mati, pembunuhan, Pembunuh bersiri, Jack The Ripper



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.