awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia
Micron beli kilang pengeluaran cip semikonduktor Powerchip Taiwan bernilai AS$1.8 bilion
JPA laksana kajian impak AI terhadap perjawatan perkhidmatan awam - KPPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilu 2019: Tun Mahathir telefon Jokowi ucap tahniah

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
18/04/2019
11:02 MYT
Pemilu 2019: Tun Mahathir telefon Jokowi ucap tahniah
Selain Dr Mahathir, Jokowi (kiri) juga memberitahu, beliau menerima panggilan yang sama daripada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Leong dan Perdana Menteri Turki, Reccep ... Erdogan.- Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghubungi pemimpin Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada Khamis bagi menyampaikan ucapan tahniah di atas kejayaan perjalanan Pemilihan Umum (Pemilu) 2019 semalam.
Dalam sidang media sebentar tadi, Jokowi yang ditemani gandingannya dalam Pemilihan Presiden (Pilpres), Ma’aruf Amin berkata, Dr Mahathir menelefon beliau secara peribadi bagi menyampaikan ucapan berkenaan.
“Dr Mahathir mengucapkan tahniah di atas keberhasilan Pemilu kelmarin (Rabu),” kata Jokowi dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung di stesen televisyen.
Selain Dr Mahathir, Jokowi juga memberitahu, beliau menerima panggilan yang sama daripada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Leong dan Perdana Menteri Turki, Reccep Erdogan.
Jokowi bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin merujuk kepada keputusan kiraan pantas Pilpres yang menyaksikan beliau dan Ma’aruf sudah selesa mendahului proses demokrasi itu.
Sehingga kini, rata-rata kiraan pantas yang dibuat oleh pelbagai lembaga statistik memperoleh keputusan Jokowi–Ma’aruf berada di kedudukan teratas.
Bagaimanapun, pesaing Jokowi, Prabowo Subianto turut mendakwa kem beliau bersama Sandiaga Uno meraih undian tertinggi iaitu lebih 60 peratus.
Menjelang 6 Mei ini, Komisi Pemilihan Umum akan mengumumkan keputusan rasmi Pilpres.
Sementara keputusan Pemilihan Legislatif akan mengambil masa untul diumumkan iaitu menjelang 22 Mei ini.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Joko Widodo
#Mahathir Mohamad
#Pemilu
#Perdana Menteri
#Pilpres
#Prabowo Subianto
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan