Pemimpin-pemimpin dunia berhimpun di masjid suci di ibu kota Riyadh Arab Saudi bagi menghadiri istiadat pemakaman Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz pada Jumaat.

Antara yang hadir, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif dan pemimpin dari Sudan dan Ethiopia yang bersama-sama pemimpin-pemimpin negara Teluk yang bersembahyang jenazah di masjid Imam Turki bin Abdullah.

Turut hadir, pengganti Almarhum, Raja Salman Abdulaziz dan kaum kerabat baginda.

Istiadat turut dipancarkan secara langsung oleh siaran televisyen Arab Saudi. Almarhum Raja Abdullah diumumkan wafat pagi tadi pada usia 90 tahun. Baginda dilaporkan mengalami jangkitan pada paru-paru.