Berita  |  Dunia

Pemimpin dunia kutuk serangan di Manchester

Pemimpin dunia kutuk serangan di Manchester
Pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap mereka yang tidak bersalah di Manchester.
PEMIMPIN dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap mereka yang tidak bersalah di Manchester.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menyifatkan ia adalah tindakan tidak berperikemanusiaan serta pengecut.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga merakam solidariti buat warga United Kingdom yang terlibat dalam serangan ganas itu menerusi akaun Twitter The White House.


Wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump menerusi laman Twitter rasminya menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini.


“Kecewa dengan serangan di Manchester. Kami dengan tegas mengutuknya. Ingatan kami bersama keluarga mangsa terkorban dan doa kami bersama mereka yang tercedera,” ucap Perdana Menteri India, Narendra Modi.


Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe berkata, “Perbuataan pengecut sekali lagi melanda, seperti yang berlaku di Paris setahun yang lalu -  sasaran mereka adalah tempat konsert, yang sering dikunjungi golongan muda untuk sambutan dan kegembiraan.

Selain mereka, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan turut mendoakan kesejahteraan Manchester dan penduduknya.