Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Pemimpin Kemboja didakwa buat kenyataan sensitif berkaitan sempadan negara

Pemimpin Kemboja didakwa buat kenyataan sensitif berkaitan sempadan negara
Rong Chhun bercakap ketika satu protes berhampiran kediaman perdana menteri di Phnom Penh, 29 Julai, 2020. (Foto AP/Fail)
PHNOM PENH : Seorang pemimpin kesatuan pekerja yang terkenal di Kemboja ditahan pada Jumaat malam kerana dituduh mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Presiden Gabungan Kesatuan Pekerja Kemboja, Rong Chhun ditahan kerana kenyataannya yang menyentuh isu sensitif, berkaitan sempadan negara.

Chhun didakwa di mahkamah pada Sabtu dan jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan didenda.

Minggu lepas, Chhun bercakap kepada stesen radio Free Asia yang dikaitkan dengan Amerika Syarikat dan dia berkata petani di Kemboja Timur mengadu bahawa tanah mereka diceroboh negara jiran, Vietnam.
Isu pencerobohan Vietnam di wilayah Kemboja merupakan isu sangat sensitif di negara itu.

Begitupun, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen terus mengekalkan hubungan baik dengan Vietnam, membuatkan musuh politiknya menuduhnya gagal melindungi tanah Kemboja.