Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Pemuzik terkenal ditahan atas dakwaaan keganasan domestik

Pemuzik terkenal ditahan atas dakwaaan keganasan domestik
Madden yang belum lagi berkahwin, bagaimanapun, dilepaskan dari tahanan dengan nilai jaminan AS$50,000. - Gambar FACEBOOK
LOS ANGELES: Pemain bass kumpulan Maroon 5, Mickey Madden telah ditahan polis atas dakwaan keganasan domestik.

Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) berkata, pemuzik berusia 41 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas di bawah Kod Penal 273.5 (a) dengan sengaja mewujudkan kecederaan trauma pada pasangan atau teman serumah.

Madden belum lagi berkahwin sementara identiti mangsa pula tidak didedahkan pihak berkuasa.

Dia bagaimanapun, dilepaskan dari tahanan dengan nilai jaminan AS$50,000, lapor portal Page Six.
Jika disabit kesalahan, pemain bass ternama Hollywood itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda AS$6,000.

Jurucakap Maroon 5 ketika dihubungi memberitahu: “Kami sangat terkejut dengan berita yang mengecewakan ini. Kami akan terus menunggu laporan lanjut.”
Ini bukan kali pertama Madden ditahan pihak berkuasa.

Pada 2016, dia pernah ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis kokain.


Tag: Los Angeles, keganasan, mangsa, Maroon 5, Mickey Madden



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.