awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk dakwa COVID-19 agenda doktor kaut keuntungan

Agensi
Agensi
06/07/2020
23:49 MYT
Penduduk dakwa COVID-19 agenda doktor kaut keuntungan
Tanggapan sesetengah anggota masyarakat di Indonesia terhadap petugas perubatan telah menyebabkan usaha mereka terganggu dan menjadi sukar. -Gambar fail
Menguruskan kes baharu COVID-19 bukan satu perkara yang mudah bagi petugas barisan hadapan.
Di wilayah Pamekasan, Indonesia, tanggapan sesetengah anggota masyarakat terhadap petugas perubatan telah menyebabkan usaha mereka terganggu dan menjadi sukar.
Penduduk di sini lebih percayakan khabar angin dan mendakwa doktor serta kakitangan perubatan cuba mengaut keuntungan daripada pandemik itu.
Tuduhan itu menyebabkan tugas kakitangan perubatan menjadi semakin sukar apabila ada pesakit tidak percaya mereka menghidap penyakit itu walaupun saringan membuktikannya, lapor Kompas.com.
Salah seorang kakitangan perubatan di wilayah tersebut, Syaiful Hidayat berkata ada yang menolak untuk diasingkan dan menerima rawatan di hospital walaupun pesakit dan keluarganya ditunjukkan keputusan positif COVID-19.
Lebih membimbangkan, pesakit marah apabila diberitahu mereka dijangkiti virus itu dan mengatakan COVID-19 adalah “perancangan doktor untuk mengaut keuntungan.”
“Tuduhan sebegitu terus disebarkan melalui media sosial, tidak hanya dilakukan masyarakat awam malah masyarakat berpendidikan tinggi.
“Kami mempertaruhkan nyawa kami sendiri dalam menangani pesakit COVID-19. Murah sungguh harganya kalau ditukar dengan wang,” kata Syaiful kepada Kompas.com.
Tambah Syaiful, penduduk di wilayah tersebut juga menganggap penyakit itu boleh sembuh dengan sendirinya.
Tegasnya, sikap sebegitu membuatkan jumlah kes positif COVID-19 di Pamekasan terus bertambah.
“Kalau pesakit berada di hospital, ia mudah ditangani tapi kalau di luar hospital, sudah tentu agak sukar untuk mengesan mereka.
“Sejak akhir-akhir ini, keadaan semakin sukar untuk dikawal,” ujarnya.
Sebanyak 260 kes positif COVID-19 dilaporkan di Pamekasan setakat Isnin dengan 40 pesakit disahkan sembuh, 24 maut dan selebihnya masih dirawat.
Indonesia kini mencatatkan hampir 65,000 kes virus tersebut dengan lebih 3,200 kematian.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Indonesia
#kes positif
#koronavirus
#maut
#Media
#media sosial
#pandemik
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan