DUNIA
Penduduk Florida berang isu keselamatan di sekolah

Penunjuk perasaan memegang plakad ketika perarakan March for Action on Gun Violence di Daerah Broward di Fort Lauderdale, Florida pada 17 Feb 2018. - REUTERS
Ratusan penduduk berkumpul mengadakan perhimpunan di Florida bagi menyatakan kebimbangan dan rasa tidak puas hati mereka dengan tahap keselamatan di sekolah di negara itu.
Ia susulan kejadian tembakan minggu lalu yang telah membunuh lebih 17 orang.
Perhimpunan juga mengutuk dan mahukan perubahan terhadap undang-undang senjata api agar ia tidak sewenang-sewenangnya diperolehi.
Kebanyakan mereka mahukan tahap keselamatan di sekolah ditingkatkan dengan kehadiran pihak keselamatan bagi menjamin keselamatan semua pihak.
Bagi mereka kejadian seperti insiden minggu lepas adalah bukan perkara baharu dan ia tidak sepatutnya berlaku.
Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence bagaimanapun telah memberi jaminan bahawa pentadbiran Donald Trump memandang isu keselamatan di sekolah kini telah menjadi agenda utama dan mereka sedang bekerja keras untuk menyelesaikannya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami