Apa yang akan anda lakukan sekiranya menerima mesej amaran "PELURU BERPANDU BALISTIK SEDANG DALAM PERJALANAN, CARI PERLINDUNGAN SEGERA, INI BUKAN SATU LATIHAN,"?

Amaran sebegini sudah pasti mencetus panik, dan huru-hara.

Ini yang dihadapi penduduk Hawaii.

Pengguna telefon bimbit terima mesej berikut, yang menyebabkan penduduk panik.

Ketika penduduk sedang bersesak-sesak mencari perlindungan, mereka dimaklumkan pihak berkuasa tempatan, tiada sebarang ancaman berlaku, dan kesilapan menyebabkan mesej itu dihantar.

Mesej kedua memaklumkan tiada sebarang ancaman nuklear berlaku

Tentera Amerika Syarikat juga mengesahkan berlaku kesilapan hingga menyebabkan amaran itu dikeluarkan.


Ia kemudian umum siasatan penuh berhubung kejadian itu.

Sistem amaran ditempatkan di Hawaii, kerana ia berada dalam jarak serangan peluru berpandu Korea Utara.

Disember lalu, sistem amaran nuklear itu diuji, buat pertama kalinya sejak Perang Dingin.

Menurut agensi Associated Press, mesej amaran itu dihantar sekitar 8.07 pagi waktu tempatan.

Mesej kedua untuk membetulkan amaran itu dihantar 38 minit kemudian oleh Agensi Pengurusan Kecemasan (EMA).


Gabenor Hawaii, David Ige memaklumkan, kesilapan manusia punca amaran itu dihantar.

"Berlaku kesilapan ketika proses standar pertukaran syif, dan petugas yang terlibat telah menekan butan yang salah,"kata beliau.