Berita  | Dunia

Penduduk terkejut ada harimau 'bermalas-malasan' atas katil

Penduduk terkejut ada harimau 'bermalas-malasan' atas katil
Sebuah keluarga di India gempar apabila melihat seekor haiwan sedang berehat di atas katil di rumah mereka di Harmuti, bandar Assam di India. Gambar Wildlife Trust India
ASSAM: Jika di negara ini tidak habis lagi kisah dua ekor harimau yang merayau-rayau di Kampung Besol, Dungun, Terengganu, sebelum salah seekor berjaya ditangkap, sebuah keluarga di India turut digemparkan dengan haiwan sama yang dilihat 'bermalas-malasan' di atas katil rumah mereka.

Foto haiwan itu berehat di atas sebuah katil dikeluarkan oleh Wildlife Trust India selepas kediaman keluarga itu yang terletak di Harmuti, Assam dilanda banjir dalam musim tengkujuh yang turut melanda sebahagian Asia Selatan.


Haiwan pemangsa itu dipercayai muncul kawasan berhampirani Taman Negara Kaziranga, sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang merupakan habitat kepada haiwan lain antaranya gajah, beruang dan populasi terbesar di dunia bagi badak sumbu.
“Perancangan kami bersama Cawangan Hutan Assam adalah untuk menyuntik ubat pelali kepada haiwan terbabit.

“Tidak sangka banjir yang melanda bandar Assam membawa kepada kehadiran tetamu tidak diundang!,” kata kumpulan itu pada Jumaat.

Pengarah taman negara, Rohini Ballave Saikia berkata, terdapat percubaan untuk mengeluarkan harimau itu, namun ia pergi dengan sendirinya.

“Waktu ini adalah bagi haiwan itu menjalani rutinnya. Tenang dan tidak membawa sebarang ancaman,” jelasnya.

Dalam pada itu, dengan hanya 3,900 harimau yang masih tinggal, haiwan berkenaan dikelaskan sebagai haiwan yang terancam, menurut Dana Sedunia Alam Semulajadi (WWF).

Sementara itu, menurut Saika, haiwan-haiwan yang ada memerlukan kawasan yang lebih tinggi sepanjang musim tengkujuh,” katanya.

Tag: harimau, india, musim tengkujuh, India, Unesco, keluarga, harimau atas katil


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.