awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengantin tinggalkan majlis kerana bakal suami gagal jawab soalan matematik

Associated Press
Associated Press
14/03/2015
11:19 MYT
Pengantin tinggalkan majlis kerana bakal suami gagal jawab soalan matematik
Keluarga pengantin lelaki telah cuba memujuk perempuan itu agar kembali namun tetap ditolak. - Gambar hiasan
Seorang pengantin perempuan di India meninggalkan majlis perkahwinannya selepas lelaki yang bakal dikahwininya gagal memberikan jawapan kepada satu soalan matematik yang mudah.
Insiden mengejutkan tersebut berlaku pada Rabu di sebuah kampung di Rasoolabad yang terletak di bandar industri Kanpur, Uttar Pradesh.
Pengantin perempuan telah menguji tahap kemahiran pengantin lelaki dalam matematik dan apabila dia menerima jawapan salah, pengantin perempuan tersebut terus pulang sekali gus membatalkan majlis.
Soalan yang ditanyakannya adalah: “Berapakah 15 campur enam?”
Pengantin lelaki menjawab: “17”.
Keluarga pengantin lelaki telah cuba memujuk pengantin perempuan itu agar kembali dan meneruskan upacara perkahwinan, namun pujukan itu tidak mengubah pendiriannya.
Pengantin perempuan itu berkata bahawa pengantin lelaki itu telah berbohong tentang tahap pencapaian pendidikannya.
“Keluarga pengantin lelaki telah menyembunyikan maklumat tentang tahap pendidikannya yang teruk. Budak darjah satu pun boleh jawab dengan mudah,” ujar bapa pengantin perempuan, Mohar Singh.
Polis tempatan telah dipanggil untuk bertindak selaku perantara dua keluarga tersebut. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju memulangkan kesemua hadiah dan barang kemas perkahwinan.
Bulan lalu, seorang lagi pengantin perempuan di Uttar Pradesh telah mengahwini salah seorang tetamu di majlisnya selepas calon pengantin lelaki tiba-tiba mengalami sawan dan rebah dalam majlis tersebut.
Keluarga calon pengantin lelaki itu tidak mendedahkan tentang epileptik yang dihadapinya. Ketika calon pengantin lelaki itu dikejarkan ke hospital, pengantin perempuan bertindak meminta seorang tetamu di majlis itu menjadi suaminya.
Kebanyakan perkahwinan di India diatur oleh keluarga pengantin. Hal itu membuatkan kedua-dua calon yang hendak disatukan hanya sekadar bertemu sebentar dan langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelum majlis mengikat lafaz perkahwinan.
Topic Berkaitan
#batal perkahwinan
#India
#Matematik
#Pengantin
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan