Bekas pegawai risikan tentera British yang juga pengasas Helmet Putih, James Le Mesurier ditemukan mati berhampiran pejabatnya di Istanbul pada Isnin.

Mayat Le Mesurier ditemukan di sebuah jalan di hadapan bangunan pejabatnya pada jam 4.30 pagi (waktu tempatan).

Punca kematiannya bagaimanapun tidak diketahui.

Le Mesurier pernah menerima anugerah Order of the British Empire (OBE) atas sumbangannya bersama pasukan pertahanan awam Helmet Putih di Syria

Le Mesurier menubuhkan kumpulan tindak balas kecemasan Mayday Rescue yang membantu untuk melatih sukarelawan Helmet Putih yang diasaskannya.

Pertubuhan itu yang turut dikenali sebagai Pertahanan Awam Syria membantu orang awam yang terperangkap dalam serangan di kawasan terjejas konflik di negara itu.