awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF perkukuh tatacara dan tatakelola, tutup ruang rasuah, salah guna kuasa
'Black Maria' bawa OKT terbalik
MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluar kereta dan pesawat bantu bina ventilator di UK

Nailah Huda
Nailah Huda
24/03/2020
02:27 MYT
Pengeluar kereta dan pesawat bantu bina ventilator di UK
Seorang pekerja di kilang Hamilton Medical AG di Switzerland, antara pengeluar ventilator terbesar dunia. Foto - REUTERS.
PENGELUAR besar di United Kingdom seperti Vauxhall dan Airbus merancang untuk mengeluarkan komponen-komponen yang diperlukan untuk membuat ventilator bagi membantu usaha kerajaan merawat pesakit COVID-19 di negara itu.
Langkah itu susulan seruan Perdana Menteri Boris Johnson supaya syarikat pengeluar membantu kerajaan berdepan dengan krisis berkenaan, sama seperti yang pernah digerakkan oleh kilang-kilang semasa zaman peperangan.
Kerajaan UK mahu memastikan peralatan perubatan cukup untuk menampung kes koronavirus yang kian meningkat dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) negara itu tidak terlalu terbeban seperti mana yang dialami oleh petugas kesihatan Itali.
Lebih 60 syarikat pengeluar telah menyerahkan pelan untuk membina kira-kira 20,000 ventilator yang diperlukan untuk merawat pesakit koronavirus selepas menyertai perbincangan bersama Boris pada minggu lalu.
Persidangan tersebut melibatkan banyak syarikat seperti Rolls-Royce, Airbus dan Jaguar Land Rover yang dipercayai dapat bantu menangani sebarang kekurangan bekalan peralatan di negara itu.
Antara syarikat yang turut dihubungi adalah Vauxhall yang menawarkan bantuan mengeluarkan komponen-komponen menggunakan mesin cetak 3D.
Menurut seorang jurucakap kepada akhbar The Guardian: “Perdana menteri telah menjelaskan bahawa tindak balas kepada koronavirus dan usaha untuk mengekang penularannya memerlukan gerakan nasional.
“Beliau telah meminta syarikat pengeluar untuk menggalas cabaran ini dengan menawarkan kemahiran serta kemampuan untuk mengeluarkan komponen-komponen yang diperlukan".
NHS di negara itu mempunyai 5,900 ventilator namun berkemungkinan besar mereka memerlukan tiga kali ganda jumlah itu sekiranya berdepan dengan penularan koronavirus yang kritikal.
Setakat Isnin, UK mencatat 967 kes baharu COVID-19 serta 54 lagi kematian akibat virus itu menjadikan jumlah kes positif keseluruhan adalah 6,650 dan angka kematian kumulatif adalah 335.
Topic Berkaitan
#Airbus
#Boris Johnson
#coronavirus
#COVID-19
#Jaguar Land Rover
#koronavirus
#pengeluar
#Rolls Royce
#UK
#United Kingdom
#Vauxhall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan