PENGEMBARA dari Perancis kecewa dengan pengumuman oleh kerajaan Britain mengenai pelaksanaan kuarantin mandatori selama 14 hari selepas tiba di negara itu kelak.

Langkah mengekang penularan COVID-19 itu memaksa ramai pengambara Perancis untuk memendekkan tempoh percutian mereka ke negara itu.

Kerajaan Britain Khamis lalu mengumumkan, Perancis dikeluarkan dari senarai negara yang dikecualikan untuk proses kuarantin susulan peningkatan kes baharu di negara itu yang melonjak sehingga 66 peratus baru-baru ini.

Antara negara lain yang turut dikeluarkan dari senarai tersebut adalah Belanda, Malta, Monaco, kepulauan Carribean dan beberapa negara lain.

Pengembara dari Perancis kini mempunyai masa sehingga jam 4 pagi Sabtu untuk kembali ke negara asal jika mereka enggan melalui proses kuarantin selama dua minggu.