Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Penghantar pizza hantar makanan kepada 72 keluarga di New Delhi disahkan positif COVID-19

Penghantar pizza hantar makanan kepada 72 keluarga di New Delhi disahkan positif COVID-19
Setakat ini, 20 kawasan di New Delhi diisytiharkan sebagai kawasan panas, di mana hanya perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi di kawasan tersebut. - Gambar REUTERS
NEW DELHI: Seorang penghantar pizza, yang telah membuat penghantaran makanan kepada 72 keluarga dalam tempoh 20 hari lalu disahkan positif COVID-19 pada Isnin malam di New Delhi, India.

Menurut pegawai kanan majistret daerah Delhi Selatan, B N Mishra, sekurang-kurangnya 16 pekerja lelaki yang berkontak rapat dengan pekerja terbabit diletakkan di pusat kuarantin.
Sementara itu jelas Mishra, semua pekerja lain di restoran tersebut sedang menjalani ujian saringan dan setakat ini tiada pekerja yang disahkan positif COVID-19.

“Dia telah menunjukkan gejala sejak 20 Mac sebelum dia disahkan positif. Kami telah mengesan dan menghubungi semua keluarga yang pernah dia berhubung (dengan pesakit). Restoran itu ditutup (sementara waktu) dan menjalani proses nyah kuman,” katanya memetik CNN.

Dalam perkembangan lain, syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran makanan terbesar di India, Zomato mengesahkan beberapa pesanan yang dihantar oleh kakitangan restoran tersebut telah menggunakan aplikasi itu.

Bagaimanapun, syarikat tersebut dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan tidak dapat mengesahkan sama ada penghantar makanan itu dijangkiti COVID-19 ketika membuat penghantaran makanan.

“Restoran tersebut telah mengarahkan pekerjanya memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan yang ketat bagi memastikan pelanggan selamat daripada sebarang kejadian yang tidak diingini,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Setakat ini, 20 kawasan di New Delhi diisytiharkan sebagai kawasan panas, dimana hanya perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi di kawasan tersebut.


Tag: Twitter, New Delhi, koronavirus, COVID-19, Penghantar pizza, coronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.