awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengiring elit Trump disahkan positif COVID-19

Agensi
Agensi
07/05/2020
15:38 MYT
Pengiring elit Trump disahkan positif COVID-19
Menurut sumber White House, beberapa kontak rapat dan petugas di situ juga kini terpaksa menjalani ujian saringan. - Gambar fail/REUTERS
SEORANG pengiring elit kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump disahkan positif dijangkiti wabak COVID-19.
Memetik laporan CNN, kebimbangan kini timbul sama ada Trump turut berkemungkinan dijangkiti oleh virus berkenaan.
Individu tersebut dikatakan anggota pengiring yang sentiasa bekerja rapat di sisi presiden dan White House termasuk keluarga Trump sendiri.
Trump turut dilaporkan kecewa selepas dimaklumkan mengenai hal tersebut.
Setiausaha akhbar White House Hogan Gidley mengeluarkan kenyataan bahawa berita itu adalah benar.
“Kami telah diberitahu oleh unit perubatan White House bahawa seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang bertugas di White House telah diuji positif koronavirus," katanya.
Bagiamanpun jelasnya setakat ini ujian terhadap presiden dan wakil presiden menunjukan keputusan negatif.
“Ujian telah dijalankan terhadap presiden dan wakil presiden dan setakat ini ia menunjukan keputusan negatif dan mereka dalam keadaan sihat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut sumber White House, beberapa kontak rapat dan petugas di situ juga kini terpaksa menjalani ujian saringan.
Ia termasuklah Naib Presiden AS Mike Pence dan kakitangan kanan yang selalu berinteraksi dengan presiden turut menjalani ujian saringan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#Donald Trump
#Hogan Gidley
#keluarga
#koronavirus
#Mike Pence
#perubatan
#presiden
#tentera
#virus
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan