PENGURUS kepada penyanyi R Kelly ditahan atas tuduhan mengugut untuk melepaskan tembakan di sebuah teater di Manhattan dua tahun lalu.

Ugutan tersebut turut menyebabkan proses evakuasi terpaksa dilakukan selain pembatalan tayangan dokumentari yang memaparkan tuduhan terhadap penyanyi tersebut yang melakukan kesalahan seksual.

Donnell Russell, 45, didakwa melakukan konspirasi dan mengancam bahaya secara fizikal menerusi komunikasi antara negara.

Russell menyerah diri pada Jumaat di Los Angeles sebelum dihadapkan di hadapan majistret di Manhattan.

Dia dibenarkan untuk dibebaskan dengan jaminann AS$75,000 (RM314,000).

Dakwaan tersebut menyusul selepas Russell didakwa di Mahkamah Persekutuan Brooklyn awal minggu lalu atas tuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap salah seorang mangsa seksual Kelly.