awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga zoo nyaris maut diserang singa putih

Agensi
Agensi
12/12/2019
03:24 MYT
Penjaga zoo nyaris maut diserang singa putih
Kannu diserang singa putih itu semasa memberinya makan daging mentah di dalam kandang. -Twitter @SaamEnglish
Seorang penjaga zoo di Pakistan diserang seekor singa putih semasa memberinya makan daging mentah dari luar kandang.
Kannu Piraditta ketika itu sedang memberi makan haiwan pemangsa tersebut apabila dia tiba-tiba diterkam dalam kejadian di Zoo Karachi, pada Isnin.
Menurut pengarah zoo, kejadian dipercayai berlaku setelah singa putih berkenaan lewat diberi makan.
Mengikut jadual rutin, haiwan itu sepatutnya diberi makan pada waktu tengah hari, namun makanan untuknya hanya diberikan pada jam 5 petang.
Karachi zoo pic.twitter.com/ID5tq9KIsq
— Jamil Ur rahman (@JamilUr42502624) December 10, 2019
"Menurut Prosedur Operasi Standard Zoo (SOP), semua haiwan akan diberi makan di bawah pengawasan zoologi dan doktor haiwan," katanya.
Katanya lagi, semua kakitangan diberi latihan mencukupi bagi memastikan mereka selamat daripada ancaman haiwan liar.
Kannu yang berpengalaman lima tahun memberi makan dan membersihkan sangkar haiwan dilaporkan cedera parah selepas singa putih itu menerkam dan mencengkam kuku pada tangan kirinya.
Selain kecuaian itu, haiwan berkenaan juga sepatutnya diberi makan dari belakang sangkar dan bukannya secara berdepan.
Kannu terselamat daripada maut setelah berjaya melepaskan diri daripada cengkaman haiwan pemangsa tersebut.
Datuk Bandar Karachi dalam pada itu mengarahkan siasatan dijalankan terhadap penjaga kerana melanggar prosedur standard.
Topic Berkaitan
#Kannu Piraditta
#nyaris maut
#penjaga zoo
#singa putih
#tangan dicengkam
#Zoo Karachi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan