Deutsche Bank, bank komersial terbesar di Jerman, pada Ahad mengumumkan bahawa ia akan menarik diri daripada perniagaan perdagangan saham global sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula untuk meningkatkan keuntungan, lapor agensi berita China Xinhua.

Bank itu merancang untuk menaikkan skala perbankan pelaburannya, menghentikan urus niaga saham serta menyesuaikan perdagangannya dalam produk kadar faedah.

Bagi menyelesaikan butiran kunci kira-kira berjumlah €74 bilion daripada kesemua unit perniagaan ini, bank itu akan mewujudkan "bank buruk" dalaman.

Penstrukturan semula itu akan membabitkan pengurangan tenaga kerja sehingga kira-kira 74,000 orang menjelang 2022, menurut bank tersebut dalam satu kenyataan selepas satu mesyuarat Lembaga Penyeliaan pada Ahad di Frankfurt.

Menurut pelan itu, sejumlah 18,000 pekerjaan akan dihapuskan di seluruh dunia - satu perlima daripada 91,500 pekerjanya - dan lembaga tersebut juga akan dikecilkan.

Deutsche Bank berkata penstrukturan semula itu boleh menelan kos sebanyak €7.4 bilion (US$8.31 bilion) sehingga akhir tahun 2022.

Bank itu telah dilanda krisis kewangan yang teruk sedekad lepas. Sejak itu, ia berusaha membuat keuntungan susulan peruntukan keselamatan baharu yang dikenakan ke atas bank.

Ia menjangkakan kerugian bersih €2.8 bilion (US$3.1 bilion) pada suku kedua.

-- BERNAMA